Saturday 28 December 2013

New chapter...

25 Safar 1435H

Asalamualaikum...

Hello everyone!!! Heeee... Tak tau kenapa tiba-tiba terasa seperti ingin menulis eventhough final exam just around the corner je...

Tiada perkara penting pun yang ingin ditulis cuma nak tulis "tak lama lagi bakal melangkah ke satu fasa yang baru dalam kehidupan". Can't wait for it. Hopefully everything will be okey... InsyaAllah... Doakan saya... =)


p/s: study...study...study

Tuesday 17 December 2013

Doa Nabi Daud...



“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)

Sunday 17 February 2013

Luahan Rasa


Bismillahirrahmanirrahim...




Tuhan
Dengarkanlah aku ingin meluahkan rasa hati ini
Tuhan
Izinkan aku ingin meluahkan rasa hati ini
Ku harap bisa membahagiakan dia 
selamanya dengan restuMu

Akanku bawa cintaku
Akanku ukir cintanya
Untuk mendapatkan cintaMu Ya Tuhan

Tuhan
Izinkanlah aku ingin menyentuh hati si dia
Ku harap bisa membahagiakan dia
selamanya dengan restuMu

Akanku bawa cintaku
Akanku ukir cintanya
Untuk mendapatkan cintaMu Ya Tuhan

Ku kan selalu menjagamu
Ku kan selalu bersamamu
Ku kan terus mencintaimu

# By Raqib Majid






Wednesday 30 January 2013

Ketika Cinta Bertasbih...

Assalamualaikum...

Finally, aku berjaya jugak habiskan cite “Ketika Cinta Bertasbih” yang dah agak berhabuk dalam laptop aku nie. Dan maybe aku orang terakhir kowt yang tengok cite nie…huhuhu nak wat cane kan, mood nak layan cite2 melayu nie dah hilang setelah minat ku direntap oleh si “running man” tu…hihihi 

Tapi tetiba je hari tu bila mood aku telah di ‘downkan’ aku nak cari something to gain my mood so, aku pun tengok la cite nie. Bagi aku cite nie sangat menarik. Memang rugi la aku sebab lambat sangat tengok cite nie tapi ‘better late than never’ kan??? Biasalah orang Indonesia nie kalo wat cite2 yang ada kaitan dengan islamik2 nie memang sentiasa terbaik. Bagi aku banyak pengajaran yang boleh kita ambik dalam cite nie, yang baik kita jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan.

Heroin cite nie sangatttt comel, cantik pulak tu,

Oki Setiana Dewi

Tapi aku lebih suka dia nie,


Meyda Sefira


Heronya, boleh tahan la jugak,


Kholidi Asadil Alam


Tapi aku lebih suka dia, huhu


Dude Harlino
#Menjadi anak yang sentiasa menjadi kebangaan ibu dan ayah adalah harapan semua orang, begitu juga aku.

#Sedang berusaha untuk menghabiskan cite “Warkah Cinta” pulak, walaupun tinggal satu episode je lagi….



Sunday 27 January 2013

Kerana Mulut...

Assalamualaikum...

Aku ingin berkongsi sesuatu dengan kalian semua termasuk diri ini yang sering melakukan kesilapan...

Fitrah, Tempoh Bertenang & Tidak Bertegur
Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat,  isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.
Nabi SAW bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ
Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari" ( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)
Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-

سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ
Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi : Janganlah kamu marah "  ( Riwayat   Ahmad, 2/175)
Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.
Imam An-Nawawi menyebutkan :-


تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب
Ertinya : "Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah" ( Syarah Sohih Muslim, 16/117)
Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.
Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.
Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-


فتقدم المصلحة العامة على الخاصة
Ertinya : "Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi" ( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I'tisam , As-Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)
Justeru, melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.
Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.

Diambil dari www.zaharuddin.net



Lepas nie aku akan lebih berhati2 untuk berkata-kata. Aku x nak mengguriskan hati sesiapa lagi dengan kata-kata ku ini...Ya Allah bantulah hamba-Mu ini...

Thursday 10 January 2013

Saturday 5 January 2013

Selamat Datang 2013

Assalamualaikum^^

Pertama sekali aku ingin ambil kesempatan ini nak mengucapkan "Selamat Tahun Baru". Tahun semakin bertambah bermaksud umur pun makin bertambah...huhu Macam tak percaya la pulak yang umur aku dah nak masuk 21 la wei, amboi rasa dah macam kakak-kakak la pulak kan...tapi nak wat macam mana kan, haruslah terima hakikat. Kita bukannya makin muda tapi makin tua, dan semakin hampir dengan kematian yang pasti. Bukan bermaksud yang muda tu tak mati dulu, ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya kat tangan Allah kan...

Setiap tahun baru semua orang akan create azam baru. macam dah jadi trend da la benda nie, tahun baru azam baru, macam satu perkara yang memang tak dapat nak dipisahkan. Pendapat aku, semua orang berhak untuk ada azam baru di setiap tahun baru (tahun baru Islam jangan dilupakan - Muharram), mungkin itu dapat jadi penanda kepada segala perubahan yang ingin dia lakukan. Berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."
Ayuh kita teruskan perjalanan hidup ini dengan memperbaiki diri dan ajak orang lain untuk bersama-sama memperbaiki diri. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang rugi itu. Insya-Allah.