Tuesday 28 August 2012

Cinta High Class...

Assalamualaikum...

Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN,  walaupun hari nie dah masuk hari ke-10 kita beraya... Di kesempatan ini aku ingin mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap yang telah aku lakukan kepada kalian semua. Aku hanya manusia biasa yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan walaupun aku telah berusaha sedaya upaya untuk tidak menyakiti hati sesiapa...maafkan aku. Pejam celik-pejam celik 2 minggu je lagi aku bakal menghabiskan cuti sem yang panjang nie dan kembali semula untuk menimba ilmu yang masih belum penuh di dada.

Sepanjang tempoh bercuti nie tak banyak aktiviti yang aku buat. Aku hanya duduk rumah je...nak keluar bekerja, ayah x izinkan....kemas rumah, baca novel, kalo rajin tu kadang-kadang buat kek...tu je la aktiviti aku kat rumah masa cuti nie...oh ye, aku bukan nak bercerita tentang apa yang aku buat masa cuti nie tapi aku nak cerita tentang sebuah novel yang aku dah baca yang bertajuk "CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU" karya FATIMAH SYARHA dan DR. FARHAN HADI..

muka hadapan

muka belakang


Walaupun aku tak habis baca lagi novel nie, tapi rasa novel nie sangat BAIK dan BAGUS untuk dibaca...banyak perkara yang dikongsi dalam cerita ini boleh kita jadikan panduan dalam hidup terutama untuk mereka yang masih mencari 'seorang imam untuk solatnya' dan yang sedang mencari 'tulang rusuknya'... Banyak ilmu yang aku dapat dari novel ni...Antaranya...

Pesanan Imam Hassan al-Banna, 
"Walaupun seorang lelaki atau wanita mendampingi pasangannya dua puluh tahun sekalipun dia tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaibannya (zahir dan batin). Selepas berkahwin, barulah keaiban tersembunyi itu akan terserlah." (Hadis al-Sulasa'
Selain tu,
"Tidak akan bergeser kaki anak adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sampai ditanya mengenai lima perkara: umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya untuk apa dihabiskan, hartanya dan mana dia dapatkan dan dibelanjakan untuk apa harta tersebuat, dan sudahkah beramal terhadap ilmu yang telah ia ketahui."    (Riwayat al-Tirmizi no.2340) 
lagi...
Rasulullah SAW memberi panduan kepada seorang sahabat yang bertanya tentang kebaikan , "mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu ialah apa yang menenteramkan dirimu, dan menenteramkan hatimu. Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri dan ragu dalam jiwa, sekalipun ada orang berfatwa dengan menyalahinya." (Riwayat Ahmad dan al-Darimi, hadis hasan) 

 So, aku cadangkan apa kata korang jugak try baca novel nie, pasti tidak mengecewakan...InsyaAllah..

#aku tahu standard aku dalam mencari pasangan hidup terlalu tinggi tetapi aku hanya inginkan yang terbaik..mungkin aku salah dan aku perlu ubah prinsip hidup aku iaitu bukan mencari orang yang terlalu menepati standard kita tapi kita perlu ubah diri kita untuk mencapai standard yang menjadi idaman setiap orang...berusaha untuk menjadi si SOLEHAH yang menjadi idaman si SOLEH...:)

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan aneh ini. Akan kuluapkan untukmu setelah kad menghalalkan kita' -monolog Qani'ah Syumaila dalam cerita Cinta High Class-