Sunday 22 April 2012

Projek batik saya...

Assalamualaikum...

Di hari minggu yang penuh dengan kesibukkan dalam kawasan kolejku ini aku tetap gagahkan juga diri ini untuk menulis sesuatu...(sebab aku x join pon aktiviti tu sebab tu la aku ada masa nak menulis nie...huhu) Hari nie aku buat keputusan x nak join apa2 aktiviti dengan alasan aku nak siapkan sume kerja2 aku yang tergendala tapi kat dalam bilik bukan aku wat keje pun, buat benda lain...maafkan saya ye kawan2 kerana membatalkan perjanjian kita disaat-saat akhir...

Okey berbalik pada tajuk kat atas tu untuk subjek koko semester nie aku kan amik batik canting so ni la antara projek terawal yang dah aku hasilkan...TARAAAAAA...


Nie merupakan lakaran awal sebelum dicanting dan diwarna

nie hasil bila dah dicanting dan diwarna


Lukisan nie tak la terlalu cantik tapi bak kata En.Rudie (fasi aku), kita kena bangga dan sayang dengan hasil kerja kita. Secara ikhlasnya aku rasa bangga dengan hasil kerja aku. Untuk entry yang akan datang aku akan tunjukkan pulak hasil teknik ikatan batik yang aku dah wat pada sehelai t-shirt.

Bila teringat balik pasal kelas batik semalam, tiba2 perasaan bersalah menguasai diri aku. Aku telah tumpahkan warna then warna tu terpercik kat lukisan orang. Aku rasa bersalah sangat, aku dah rosakkan hasil karya dia, aku x tau nak cakap apa pada dia. Aku akan rasa bersalah nie akan terus menguasai aku. Aku harap dia terima 'maaf' aku. Ya Allah bukakanlah pintu hati dia untuk maafkan kesilapan aku. Aku tau aku terlalu cuai...Aku malu..aku sedih...aku jugak takut...

Tuesday 17 April 2012

Berangan Time!!!

Assalamualaikum...

 Actually, aku selalu berangan-angan yang satu hari nanti bakal suami aku tu adalah seorang 'PILOT @ TENTERA UDARA'. Aku memang tak nafikan yang aku memang seorang yang suka berangan. Tak salahkan kita berangan, bukannya kena bayar pun. Dan mungkin apa yang kita angan-angankan nie satu hari nanti boleh jadi kenyataan, sape taukan...ALLAH kan Maha Berkuasa. Mungkin selama nie DIA dengar doa dan harapan kita nie dan tetiba DIA makbulkan...seronoknya kan!!!

Masa sabtu lepas aku ada tengok Cerekarama 'Landasan Cinta' kat TV3 lakonan Shah Jaszle ngan Tasha Shilla tu. Ceritanya pun ada kaitan dengan angan-angan aku nie..then bila tengok perempuan tu dapat jadikan impian dia realiti, seronok pulak...

hensem pulak shah jaszle dalam cite nie

The reason why aku suka sangat kat pilot ngan tentera udara nie kan sebab, bila diaorang pakai uniform diaorang tu nampak sangat smart dan hensem. Nanti bolehlah aku preparekan uniform untuk 'si dia' pergi 'fly'...hehehe Then, sejak dari kecil sampai sekarang kalo ada kapal terbang or helikopter lalu aku suka tengok. Kalo masa tue aku ada kat dalam rumah then dengar bunyi kapal terbang lalu, sanggup nie kuar rumah tok tengok. Tulah tabiat pelik aku dan yang paling dahsyat aku siap berharap yang 'si dia' yang aku cari selama nie ada kat dalam kapal terbang tue...bila fikir semula, terasa kelakar pulak...hahaha TAPI...


kan???


pilot tu kan segak...

ha...kan hensem dan smart kan pilot nie...

P/s: semoga impian ku nie akan menjadi realiti...

Friday 6 April 2012

Life is Like a Cup of Coffee...

Assalamualaikum..

Hari nie aku juz nak share satu kisah tentang kehidupan. Aku dapat cerita nie masa kelas prinsip pengurusan tadi. Aku rasa tertarik untuk kongsi kisah ni dalam blog aku sebab aku rasa ianya sangat rapat dengan kehidupan kita terutamanya aku sendiri.

~LIFE IS LIKE A CUP OF COFFEE~

A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life. Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee. When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said, "If you noticed, all the nice looking expensive cups have been taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress. Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups...and then you began eyeing each other's cups. Now consider this: Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of life we live. Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee. Savor the coffee, not the cups! The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything. Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly.


Apa yang aku dapat bila tengok video nie aku terfikir. Memang dah jadi lumrah manusia, kita semua inginkan yang terbaik dalam kehidupan nie sehinggakan kita lupa untuk memikirkan adakah yang terbaik itu memang terbaik untuk kita dan yang buruk tu memang buruk untuk kita. Kita sebagai manusia x pernah fikir semua tu. Apa yang kita nak hanyalah yang terbaik untuk diri kita dan bersaing dengan orang lain. Sehinggakan kita lupa untuk menikmati hidup ini akibat terlalu mengejar title 'TERBAIK' itu. Kita perlu ingat yang hidup ni cuma sekali, nikmatilah kehidupan itu dan jalanilah ia sebaik-baiknya. Jangan terlalu mengejar 'kesempurnaan' sehingga kita lupa 'ketidaksempurnaan' yang kita miliki.


-memandangkan masa kat dalam kuliah aku tengok cerita nie dalam versi video so aku terpaksa copy cerita nie kat web spiritual-short-story bila nak tulis dalam versi word...