Tuesday 28 August 2012

Cinta High Class...

Assalamualaikum...

Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN,  walaupun hari nie dah masuk hari ke-10 kita beraya... Di kesempatan ini aku ingin mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap yang telah aku lakukan kepada kalian semua. Aku hanya manusia biasa yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan walaupun aku telah berusaha sedaya upaya untuk tidak menyakiti hati sesiapa...maafkan aku. Pejam celik-pejam celik 2 minggu je lagi aku bakal menghabiskan cuti sem yang panjang nie dan kembali semula untuk menimba ilmu yang masih belum penuh di dada.

Sepanjang tempoh bercuti nie tak banyak aktiviti yang aku buat. Aku hanya duduk rumah je...nak keluar bekerja, ayah x izinkan....kemas rumah, baca novel, kalo rajin tu kadang-kadang buat kek...tu je la aktiviti aku kat rumah masa cuti nie...oh ye, aku bukan nak bercerita tentang apa yang aku buat masa cuti nie tapi aku nak cerita tentang sebuah novel yang aku dah baca yang bertajuk "CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU" karya FATIMAH SYARHA dan DR. FARHAN HADI..

muka hadapan

muka belakang


Walaupun aku tak habis baca lagi novel nie, tapi rasa novel nie sangat BAIK dan BAGUS untuk dibaca...banyak perkara yang dikongsi dalam cerita ini boleh kita jadikan panduan dalam hidup terutama untuk mereka yang masih mencari 'seorang imam untuk solatnya' dan yang sedang mencari 'tulang rusuknya'... Banyak ilmu yang aku dapat dari novel ni...Antaranya...

Pesanan Imam Hassan al-Banna, 
"Walaupun seorang lelaki atau wanita mendampingi pasangannya dua puluh tahun sekalipun dia tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaibannya (zahir dan batin). Selepas berkahwin, barulah keaiban tersembunyi itu akan terserlah." (Hadis al-Sulasa'
Selain tu,
"Tidak akan bergeser kaki anak adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sampai ditanya mengenai lima perkara: umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya untuk apa dihabiskan, hartanya dan mana dia dapatkan dan dibelanjakan untuk apa harta tersebuat, dan sudahkah beramal terhadap ilmu yang telah ia ketahui."    (Riwayat al-Tirmizi no.2340) 
lagi...
Rasulullah SAW memberi panduan kepada seorang sahabat yang bertanya tentang kebaikan , "mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu ialah apa yang menenteramkan dirimu, dan menenteramkan hatimu. Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri dan ragu dalam jiwa, sekalipun ada orang berfatwa dengan menyalahinya." (Riwayat Ahmad dan al-Darimi, hadis hasan) 

 So, aku cadangkan apa kata korang jugak try baca novel nie, pasti tidak mengecewakan...InsyaAllah..

#aku tahu standard aku dalam mencari pasangan hidup terlalu tinggi tetapi aku hanya inginkan yang terbaik..mungkin aku salah dan aku perlu ubah prinsip hidup aku iaitu bukan mencari orang yang terlalu menepati standard kita tapi kita perlu ubah diri kita untuk mencapai standard yang menjadi idaman setiap orang...berusaha untuk menjadi si SOLEHAH yang menjadi idaman si SOLEH...:)

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan aneh ini. Akan kuluapkan untukmu setelah kad menghalalkan kita' -monolog Qani'ah Syumaila dalam cerita Cinta High Class-

Wednesday 6 June 2012

Konklusi Semester 2

Assalamualaikum....

Lagi beberapa detik dan ketika je lagi gelaran seorang 'junior' tu bakal berakhir....x lama lagi intake baru dah nak masuk, so gelaran 'junior' yang selama ini aku pegang bakal bertukar kepada 'senior' pulak...ada ciri2 seorang senior ke aku nie???? hehehe....macam x percaya je, akhirnya aku dah menamatkan setahun pengajian aku kat UPM nie...seriously bagi aku waktu berlalu sangat cepat....semester 2 adalah semester yang paling menguji diri aku...Alhamdulillah aku dapat laluinya walaupun stress dan 'ketensionan' bermaharajalela di dalam kepala ku ini...

Untuk semester kali ini apa yang aku harap akan berubah masa sem 1 dulu tetap jugak tidak berubah iaitu suka sangat wat keje last minute...realitinya dulu, aku bukanlah seorang yang suka wat keje last minute tapi sejak masuk sini aku x tau kenapa semuanya berubah, aku kini menjadi seorang yang sangat suka menangguhkan kerja. Mungkin jadual yang terlalu pack atau gaya hidup aku yang x betul sebab terlalu mementingkan benda yang x penting macam facebook ngan youtube tue...haishhh Aku pun tak faham dengan diri aku sekarang..tapi satu benda yang aku pegang sampai sekarang ialah kata2 Dr. Hossein (lecture MGM aku), "kalo kita suka wat keje last minute, mesti akan ada benda yang bakal berlaku yang akan menggangu perjalanan kerja kita tu"..memang betul apa yang Dr. cakap sebab aku sendiri mengalami benda tu...so, ayuh kawan2 tanamkan tekad dalam diri kita untuk mengelak dari menjadi seorang pelajar yang suka menangguhkan kerja lagi...fighting!!!

Dan semester nie jugak, aku berjaya catat sejarah iaitu aku x selalu balik rumah..kalo sem 1 dulu, ada cuti je mesti nak balik walaupun sehari...tapi memandangkan sem nie x banyak cuti yang jatuh pada hari jumaat atau isnin so macam mana nak balikkan...hari sabtu pulak ada koko...memang x boleh nak balik lah kan...kalo balik wat membazir duit je beli tiket...Walaupun aku terpaksa menanggung ujian kerinduan terhadap mak, ayah ngan adik-beradik aku tu setiap hari...tapi nak wat camne kan, terpaksalah bersabar...tapi insyaallah sem depan dah boleh dah balik setiap minggu kalo nak sebab dah x de koko...yahoo!!!

Secara konklusinya, semester 2 nie adalah semester yang paling hebat ujiannya untuk aku..terlalu banyak benda yang terjadi...tapi aku ambik semuanya sebagai pengajaran untuk aku ubah diri aku untuk menjadi yang lebih baik. Aku harap kawan2 yang selama ini bersabar dengan perangai aku, terima kasih sangat2. Aku harap korang semua menegur salah dan silap yang aku buat, kalo korang tak tegur aku tak tau salah dan silap aku..tolong tegur saya ye kawan2...

#sem nie aku masih x jumpa apa yang aku cari, Insyaallah aku akan tetap mencari...doakan aku..:)


Tuesday 29 May 2012

Maafkan aku...


Ya Allah Ya Rahman. Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku..
Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan
Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab
Entah apa sudah jadi dengan diriku ini
Terasa Iman dijiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap
Aduh..teruknya diriku..
Ya Allah
Berilah aku kekuatan dan petunjuk
Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan
Yang sangat hebat membinasakan diriku
Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu
Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku
Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku

Ya Allah
Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?
Aku tidak mahu ya Allah
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu...
Ya Allah..
Maafkanlah diriku
Tolong maafkan diriku
Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini
Terlalu banyak..tidak terhitung..
Ampunkanlah Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Bersihkanlah diriku ya Allah
Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!
Aku merayu penuh harap
Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupku
Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu

Redhailah diriku Ya Allah
Redhailah keluargaku Ya Allah
Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah
Rahmatilah kami Ya Allah..
Rahmatilah..
Rahmatilah..
Duhai jiwa yang resah..
hayatilah pujukan murni daripada Allah ini..
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
[39:53]


#artikel nie aku ambik dari web iluvislam. 
hari ini, aku terlalu ikutkan emosi sehingga perasaan marah itu mengawal diri aku. Akhirnya aku tunduk pada hasutan syaitan, maafkan aku...

Sunday 27 May 2012

Training Camp IFF...

Assalamualaikum...

Akhirnya berakhir jugak minggu yang agak mencabar bagi aku. Kenapa aku cakap mencabar sebab, hari isnin tu aku ada oral food engine, hari rabu ada presentation BBI, hari khamis presentation Microb, hari sabtu ada Program Twtup Campus dan hari nie ada training camp untuk semua ajk IFF...

Agak stress jugak la sepanjang minggu nie...sebabnya x cukup tidur dan selalu kena bangun awal pagi...haish...
Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semua kerja aku...Finally, aku dapat jugak melepasi semua hari tu, dan ini bermakna hari yang aku tunggu2 selama nie semakin hampir...hehehe BALIK!!!

Bercerita pasal Training Camp IFF, aku rasa seperti dapat experience baru bila join camp nie. Mana taknya, kat dalam camp nie aku dapat kenal ramai orang, dapat eratkan lagi hubungan dengan kawan2 yang selama nie kurang rapat dapat kenal senior...memang seronok. Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran para ajk...yang seronoknya masa daftar nie, aku dengan kawan2 boleh mintak kat ajk pendaftaran tu tag nama warna yang sama..memang kelakar la, yela orang lain dia x bagi pilih tapi disebabkan kitaorang ni classmate dia, terpaksalah dia bagi...hihihi Then, kitaorang kena form group ikut warna tag nama tu, group aku ada 9 orang..nama group aku DRAGON, yang terdiri daripada aku, Ziera, Amal, Naimah, kak Sirrin, kak Aisyah, Ng, Haziyah, dan Sam. Seronok sangat kenal dengan diaorang, diaorang x sombong walaupun ada yang dah bergelar senior. Paling sporting, dak2 chinese tu, dyowg bagi kerjasama yg sangat best. Aku rasa sangat best bekerja dalam group Dragon nie...walaupun dalam setiap game kitaorang x pernah menang dan asyik dapat no4 je tapi kitaorang hepi giler...tapi sayang aku x sempat nak amik gambar dengan diaorang sume...sedihnya. Lepas nie x bekerjasama dengan dyowg lagi sebab sume department lain2....:(

#Hopefully, aku dapat bekerja dalam event IFF kali nie dengan tenang tanpa rasa stress dan tertekan...


Friday 11 May 2012

Luahan Rasa

Assalamualaikum...

Hari nie aku nak menulis sesuatu tentang perasaan yang aku alami sepanjang minggu nie. Minggu nie amat letih bagi aku. Setiap malam ada group discussion sampai pukul 1 hingga 2 pagi. Then, setiap hari kuliah mula awal pagi. Tidur cukup or tak tu tak payah cerita la kan, tapi aku tak kisah. Adat orang belajar memang macam tu. Aku ingat lagi kat matrik dulu kaunselor aku pernah cakap, masa belajar ni kita kena korbankan waktu tidur kita. Walaupun aku rasa apa yang kaunselor aku cakap dulu tu salah sebab kita mesti dapat tidur yang cukup tapi sebagai pelajar itulah realitinya. Memang salah kami sebab suka tangguhkan kerja, then last-last minute macam nie baru terkejar2... itulah kelemahan kami.

Dalam minggu nie juga, emosi aku tak berapa nak stabil. Aku pun tak tau kenapa. maybe sebab penat sangat campur pulak dengan ulser yang kat bibir aku nie. Memang macam nak jerit 'MAK, I NEED YOU'...tapi aku sabar je, mungkin ada hikmah disebalik sume nie. Dalam minggu nie jugak, aku cepat sangat TERASA, aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab banyak sangat yang aku pendam selama nie, bila tak dapat tahan lagi, macam ni la jadinya...

Kawan-kawan, saya nak mintak maaf atas sikap kurang sopan saya sepanjang minggu nie. Saya harap korang sume maafkan saya. Saya tau korang sume terasa dengan perangai saya nie. Saya mintak maaf sangat-sangat. Saya akui saya bukanlah seorang yang pandai mengawal emosi, saya juga akui saya bukan seorang kawan yang baik untuk anda semua. TAPI, saya memerlukan anda semua untuk bantu saya menjadi baik. Saya sayang persahabatan ini.

Sunday 22 April 2012

Projek batik saya...

Assalamualaikum...

Di hari minggu yang penuh dengan kesibukkan dalam kawasan kolejku ini aku tetap gagahkan juga diri ini untuk menulis sesuatu...(sebab aku x join pon aktiviti tu sebab tu la aku ada masa nak menulis nie...huhu) Hari nie aku buat keputusan x nak join apa2 aktiviti dengan alasan aku nak siapkan sume kerja2 aku yang tergendala tapi kat dalam bilik bukan aku wat keje pun, buat benda lain...maafkan saya ye kawan2 kerana membatalkan perjanjian kita disaat-saat akhir...

Okey berbalik pada tajuk kat atas tu untuk subjek koko semester nie aku kan amik batik canting so ni la antara projek terawal yang dah aku hasilkan...TARAAAAAA...


Nie merupakan lakaran awal sebelum dicanting dan diwarna

nie hasil bila dah dicanting dan diwarna


Lukisan nie tak la terlalu cantik tapi bak kata En.Rudie (fasi aku), kita kena bangga dan sayang dengan hasil kerja kita. Secara ikhlasnya aku rasa bangga dengan hasil kerja aku. Untuk entry yang akan datang aku akan tunjukkan pulak hasil teknik ikatan batik yang aku dah wat pada sehelai t-shirt.

Bila teringat balik pasal kelas batik semalam, tiba2 perasaan bersalah menguasai diri aku. Aku telah tumpahkan warna then warna tu terpercik kat lukisan orang. Aku rasa bersalah sangat, aku dah rosakkan hasil karya dia, aku x tau nak cakap apa pada dia. Aku akan rasa bersalah nie akan terus menguasai aku. Aku harap dia terima 'maaf' aku. Ya Allah bukakanlah pintu hati dia untuk maafkan kesilapan aku. Aku tau aku terlalu cuai...Aku malu..aku sedih...aku jugak takut...

Tuesday 17 April 2012

Berangan Time!!!

Assalamualaikum...

 Actually, aku selalu berangan-angan yang satu hari nanti bakal suami aku tu adalah seorang 'PILOT @ TENTERA UDARA'. Aku memang tak nafikan yang aku memang seorang yang suka berangan. Tak salahkan kita berangan, bukannya kena bayar pun. Dan mungkin apa yang kita angan-angankan nie satu hari nanti boleh jadi kenyataan, sape taukan...ALLAH kan Maha Berkuasa. Mungkin selama nie DIA dengar doa dan harapan kita nie dan tetiba DIA makbulkan...seronoknya kan!!!

Masa sabtu lepas aku ada tengok Cerekarama 'Landasan Cinta' kat TV3 lakonan Shah Jaszle ngan Tasha Shilla tu. Ceritanya pun ada kaitan dengan angan-angan aku nie..then bila tengok perempuan tu dapat jadikan impian dia realiti, seronok pulak...

hensem pulak shah jaszle dalam cite nie

The reason why aku suka sangat kat pilot ngan tentera udara nie kan sebab, bila diaorang pakai uniform diaorang tu nampak sangat smart dan hensem. Nanti bolehlah aku preparekan uniform untuk 'si dia' pergi 'fly'...hehehe Then, sejak dari kecil sampai sekarang kalo ada kapal terbang or helikopter lalu aku suka tengok. Kalo masa tue aku ada kat dalam rumah then dengar bunyi kapal terbang lalu, sanggup nie kuar rumah tok tengok. Tulah tabiat pelik aku dan yang paling dahsyat aku siap berharap yang 'si dia' yang aku cari selama nie ada kat dalam kapal terbang tue...bila fikir semula, terasa kelakar pulak...hahaha TAPI...


kan???


pilot tu kan segak...

ha...kan hensem dan smart kan pilot nie...

P/s: semoga impian ku nie akan menjadi realiti...

Friday 6 April 2012

Life is Like a Cup of Coffee...

Assalamualaikum..

Hari nie aku juz nak share satu kisah tentang kehidupan. Aku dapat cerita nie masa kelas prinsip pengurusan tadi. Aku rasa tertarik untuk kongsi kisah ni dalam blog aku sebab aku rasa ianya sangat rapat dengan kehidupan kita terutamanya aku sendiri.

~LIFE IS LIKE A CUP OF COFFEE~

A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life. Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee. When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said, "If you noticed, all the nice looking expensive cups have been taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress. Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups...and then you began eyeing each other's cups. Now consider this: Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of life we live. Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee. Savor the coffee, not the cups! The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything. Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly.


Apa yang aku dapat bila tengok video nie aku terfikir. Memang dah jadi lumrah manusia, kita semua inginkan yang terbaik dalam kehidupan nie sehinggakan kita lupa untuk memikirkan adakah yang terbaik itu memang terbaik untuk kita dan yang buruk tu memang buruk untuk kita. Kita sebagai manusia x pernah fikir semua tu. Apa yang kita nak hanyalah yang terbaik untuk diri kita dan bersaing dengan orang lain. Sehinggakan kita lupa untuk menikmati hidup ini akibat terlalu mengejar title 'TERBAIK' itu. Kita perlu ingat yang hidup ni cuma sekali, nikmatilah kehidupan itu dan jalanilah ia sebaik-baiknya. Jangan terlalu mengejar 'kesempurnaan' sehingga kita lupa 'ketidaksempurnaan' yang kita miliki.


-memandangkan masa kat dalam kuliah aku tengok cerita nie dalam versi video so aku terpaksa copy cerita nie kat web spiritual-short-story bila nak tulis dalam versi word...


Saturday 31 March 2012

Rindu...

Assalamualaikum...

Mak, ayah kita rindu mak dengan ayah sangat-sangat ni, kita rasa macam rasa rindu ni dah tak tertanggung lagi...walaupun baru sebulan lebih kita tak jumpa since mak ngan ayah hantar kita masa nak naik semester baru dulu, rasa rindu ni tetap tak dapat dikawal. Walaupun panggilan telefon kadang-kadang menjadi pengubat rasa rindu itu, tapi kita tetap rasa rindu pada mak dengan ayah. Kita rindu nak tatap muka mak dengan ayah, kita rindu nak cium tangan mak dengan ayah, kita rindu Ain dengan Ikin...kita rindu korang semua. 

Walaupun masa mak ngan ayah telefon kita, mak dengan ayah akan dengar suara kita ceria, kita ketawa tapi hakikatnya selepas tu air mata nie akan mengalir. Memang ni bukan kali pertama kita duduk berjauhan tapi masa kat matrik dulu, jarak antara rumah dengan matrik tak la jauh macam sekarang. Semester lepas pun kita masih lagi dapat tahan rasa rindu sebab boleh balik bila hari isnin ada cuti. Tapi semester nie, nak balik pun tak boleh. Hari sabtu ada koko, kalo balik tengah hari hari sabtu then pagi ahad kena balik sini semula coz hari isnin dah start kuliah pukul 8 a.m. Kita tau, keluarga kita bukan orang senang yang senang-senang buang duit beli tiket untuk balik rumah yang tak sampai 1 hari..

And, kita tau mak dengan ayah tak pernah paksa kita untuk belajar sampai tahap nie...Ini semua keinginan kita sendiri. Kita nak bantu mak ngan ayah, kita nak balas semua pengorbanan mak ngan ayah yang dah wat kita sampai tahap nie. Terima kasih mak, terima kasih ayah. Kita tau kita x patut mengeluh dengan ujian yang kecik macam nie, ada lagi orang lain yang terpaksa berpisah dengan mak ngan ayah diaorang sampai bertahun-tahun kerana berjihad untuk menuntut ilmu di negara orang. Kita jugak patut bersyukur kerana ALLAH kurniakan kita rasa rindu nie...

Terima kasih YA ALLAH...:')


Sunday 18 March 2012

8 RAHSIA ORANG BIJAK...

Assalamualaikum...
( Artikel ini diambil di Iluvislam.com )

Semua orang didunia ini suka apabila merasakan diri mereka bijak. Ya, sememangnya manusia adalah makhluk yang bijak kerana mempunyai akal yang mampu untuk membuat pertimbangan. Akal yang bijak sudah semestinya lahir daripada otak yang cerdas. Jadi bagaimanakan cara anda menjaga otak untuk membantu menjadi orang yang lebih bijak?

  • Mengambil sarapan pagi - Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti persembahan anda untuk sepanjang hari tersebut. Ini menunjukkan bahawa pentingnya mengambil sarapan didalam kehidupan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.
  • Elak makan secara berlebihan - Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.
  • Elak merokok - Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.
  • Elak daripada mengambil gula secara berlebihan - Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.
  • Hidu udara yang bersih - Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.
  • Tidur secara berlebihan - Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.
  • Tidur dengan menutup muka - Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan otak kekurangan gas karbon dioksida terperangkap dan akan dihidu semula. ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.
  • Kurang berimaginasi/berfikir - Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.








Friday 9 March 2012

Semester 2...

Assalamualaikum...

Pejam celik-pejam celik dah hampir 3 minggu semester ke-2 aku kat sini berlalu. Alhamdulillah, walaupun aku dapat rasakan bebanan tu semakin berat, tapi aku harap aku x mudah putus asa. Untuk sem 2 nie aku daftar 17 kredit je, okeylah tu rasanya...memandangkan subjek untuk sem ni semakin susah so aku decide untuk focus more on the subject. Tak guna jugak kalo amik banyak2 tapi x terbawak kan? Biar lambat asal selamat. Antara subjek yang aku amik untuk sem nie ialah:

- Asas kejuruteraan makanan
- Mikrobiologi makanan asas
- Oral interaction skills (subjek wajib uni. kalo x amik x leh grade)
- Batik canting (koko berkredit)
- Prinsip Pengurusan
- Kimia organik I

Ha, tu lah antara subjek2 yang aku akan belajar sem nie. Semua subjek baru nie. Kalo dulu kitaorang belajar subjek2 yang basic je macam Fizik, Kimia, TITAS, tapi mulai sem ni kitaorang akan mula belajar subjek yang ada kena mengena dengan course yang sedang aku amik sekarang...so far so good..Insyaallah..:)