Saturday 31 March 2012

Rindu...

Assalamualaikum...

Mak, ayah kita rindu mak dengan ayah sangat-sangat ni, kita rasa macam rasa rindu ni dah tak tertanggung lagi...walaupun baru sebulan lebih kita tak jumpa since mak ngan ayah hantar kita masa nak naik semester baru dulu, rasa rindu ni tetap tak dapat dikawal. Walaupun panggilan telefon kadang-kadang menjadi pengubat rasa rindu itu, tapi kita tetap rasa rindu pada mak dengan ayah. Kita rindu nak tatap muka mak dengan ayah, kita rindu nak cium tangan mak dengan ayah, kita rindu Ain dengan Ikin...kita rindu korang semua. 

Walaupun masa mak ngan ayah telefon kita, mak dengan ayah akan dengar suara kita ceria, kita ketawa tapi hakikatnya selepas tu air mata nie akan mengalir. Memang ni bukan kali pertama kita duduk berjauhan tapi masa kat matrik dulu, jarak antara rumah dengan matrik tak la jauh macam sekarang. Semester lepas pun kita masih lagi dapat tahan rasa rindu sebab boleh balik bila hari isnin ada cuti. Tapi semester nie, nak balik pun tak boleh. Hari sabtu ada koko, kalo balik tengah hari hari sabtu then pagi ahad kena balik sini semula coz hari isnin dah start kuliah pukul 8 a.m. Kita tau, keluarga kita bukan orang senang yang senang-senang buang duit beli tiket untuk balik rumah yang tak sampai 1 hari..

And, kita tau mak dengan ayah tak pernah paksa kita untuk belajar sampai tahap nie...Ini semua keinginan kita sendiri. Kita nak bantu mak ngan ayah, kita nak balas semua pengorbanan mak ngan ayah yang dah wat kita sampai tahap nie. Terima kasih mak, terima kasih ayah. Kita tau kita x patut mengeluh dengan ujian yang kecik macam nie, ada lagi orang lain yang terpaksa berpisah dengan mak ngan ayah diaorang sampai bertahun-tahun kerana berjihad untuk menuntut ilmu di negara orang. Kita jugak patut bersyukur kerana ALLAH kurniakan kita rasa rindu nie...

Terima kasih YA ALLAH...:')


Sunday 18 March 2012

8 RAHSIA ORANG BIJAK...

Assalamualaikum...
( Artikel ini diambil di Iluvislam.com )

Semua orang didunia ini suka apabila merasakan diri mereka bijak. Ya, sememangnya manusia adalah makhluk yang bijak kerana mempunyai akal yang mampu untuk membuat pertimbangan. Akal yang bijak sudah semestinya lahir daripada otak yang cerdas. Jadi bagaimanakan cara anda menjaga otak untuk membantu menjadi orang yang lebih bijak?

  • Mengambil sarapan pagi - Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti persembahan anda untuk sepanjang hari tersebut. Ini menunjukkan bahawa pentingnya mengambil sarapan didalam kehidupan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.
  • Elak makan secara berlebihan - Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.
  • Elak merokok - Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.
  • Elak daripada mengambil gula secara berlebihan - Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.
  • Hidu udara yang bersih - Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.
  • Tidur secara berlebihan - Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.
  • Tidur dengan menutup muka - Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan otak kekurangan gas karbon dioksida terperangkap dan akan dihidu semula. ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.
  • Kurang berimaginasi/berfikir - Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.








Friday 9 March 2012

Semester 2...

Assalamualaikum...

Pejam celik-pejam celik dah hampir 3 minggu semester ke-2 aku kat sini berlalu. Alhamdulillah, walaupun aku dapat rasakan bebanan tu semakin berat, tapi aku harap aku x mudah putus asa. Untuk sem 2 nie aku daftar 17 kredit je, okeylah tu rasanya...memandangkan subjek untuk sem ni semakin susah so aku decide untuk focus more on the subject. Tak guna jugak kalo amik banyak2 tapi x terbawak kan? Biar lambat asal selamat. Antara subjek yang aku amik untuk sem nie ialah:

- Asas kejuruteraan makanan
- Mikrobiologi makanan asas
- Oral interaction skills (subjek wajib uni. kalo x amik x leh grade)
- Batik canting (koko berkredit)
- Prinsip Pengurusan
- Kimia organik I

Ha, tu lah antara subjek2 yang aku akan belajar sem nie. Semua subjek baru nie. Kalo dulu kitaorang belajar subjek2 yang basic je macam Fizik, Kimia, TITAS, tapi mulai sem ni kitaorang akan mula belajar subjek yang ada kena mengena dengan course yang sedang aku amik sekarang...so far so good..Insyaallah..:)